Dikenali juga dengan "three king of photography" Terdapat 3 perkara yang mempengaruhi kualiti imej dalam fotografi; ISO, aperture(bukaan) dan shutter speed (kelajuan pengatup). Semua 3 perkara ini bergantung kepada faktor lain yang iaitu cahaya.Gambar merupakan satu proses kimia di mana cahaya terdedah kepada filem, atau sensor dalam kamera digital bagi menghasilkan imej. terdapat satu peralatan didalam camera dipanggil diafragma, yang berkait secara langsung dengan aperture. Tetapan aperture yang berbeza dipanggil f-stop, dan diwakili oleh nombor yang anda lihat pada imej. Semakin besar nombor, lebih kecil aperture, jadi sebagai contoh, f-stop f1.4 akan menjadi sangat besar, manakala f-stop F16 akan menjadi sangat kecil. Biasanya, kanta pada kit lens mempunyai f3.5 - f5.6. Jangan pening dengan istilah teknikal dan terma nombor yang digunakan, apabila korang mencuba sendiri pada kamera sebenar, korang akan nampak lebih jelas. Sewaktu aku mula-mula mempelajari bahagian ini, terasa macam bahasa asing, sehingga aku mencuba mengambil beberapa gambar dan mencuba semua tetapan yang berbeza. Dari situlah pemahaman lebih jelas dengan bantuan teori sebagai panduan.
0 Comments
Assalamualaikum... Entry ini terhasil atas persoalan yang diajukan seorang sahabat. diharapkan entry ini menjawab sedikit sebanyak persoalan yang diutarakan. Maka aku membuat sedikit servey kepada rakan-rakan mengenai shooting mode (mod menembak) yang sering digunakan pada kamera digital. (pengguna point & shoot (bidik & tembak) dan kamera DSLR) Keputusannya tidaklah membuat aku agak terkujat, Mod automatik adalah yang terhangat dipasaran dari mereka yang baru berjinak dan pengguna yang agak maju sedikit (tang ni sikit terkejut gak la). Dari individu yang menjadi mangsa survey ada yang kembali menyoal "ada apa lagi selain mod auto"? (ni kebanyakan dari pengguna bidik & tembak). Oleh sedemikian terima kasih kepada sahabat yang bertanya ditambah survey yang dibuat, maka aku dengan ikhlasnya menulis di blog ini sebagai kudapan yang tidak seberapa. Walaupun ini adalah maklumat asas, diharapkan dapat membantu mereka yang baru berjinak manja dengan kamera digital keluar dari kepompong mod automatik. Aku klasifikasikan mod ini kepada beberapa kumpulan
Tetiba teringat angkaralensa ada blog, tetiba gak dapat pesanan dari FB yang seorang photographer angkaralensa ada buat bisnes makan-makan. pesanan seperti berikut.. Pembukaan bubur sentosa no. 1 cawangan sentosa kini berada di medan selera jalan dedap taman johor jaya berhampiran cimb jalan dedap taman johor jaya.... Kehadiran di alu-alukan... Terima Kasih... Bermula pada 29/10/2012... Apa lagi serbu!!!!! mukz, aku nak dua mangkuk free!!!! A prime lens is a camera lens with a fixed focal length. This is as opposed to a zoom lens, which can be adjusted to a range of focal lengths. While each prime lens restricts you to one focal length, they have a number of advantages over zoom lenses. Because a prime lens is simpler to construct, a cheap prime lens can often produce much better quality photos than a more expensive zoom lens. Prime lenses are also typically lighter in weight, for more ergonomic and more mobile photography. They usually feature much larger apertures than equivalently priced zoom lenses, for better photography in low-light settings and at higher shutter speeds. This also allows for a shallower depth-of-field, using blur to effectively and strikingly isolate your subject from foreground and background. While a prime lens doesn’t provide all the flexibility of a zoom, you might find that you enjoy having to “zoom with your feet,” as it compels you to explore new perspectives and angles in composing your photographs Because of their image quality, simplicity, and relative low price, many photographers like to have at least one prime lens in their DSLR kit. Focal lengths range from ultra-wide to wide angle to telephoto, with some lenses optimized for macro photography. A 50mm prime used to be the standard lens that came with all film SLR cameras, and many people find this to be an ideal lens for a wide range of subjects. A longer lens, such as an 80mm, 105mm, or 135mm is great for portraits, and a wider lens like a 24mm, 28mm, or 35mm can be great for capturing large swaths of a landscape, urban, or indoor environment. http://primelens.org - January 12, 2012 by Andy Faizal + Liza from myvideo on Vimeo. Perkahwinan Mempelai Faizal & Liza telah dikaryakan oleh AngkaraLensa Crew: Amri Hussein dalam percubaan menghasilkan karya berbentuk video pula. Maka dengan ini bertambahlah satu lagi produk daripada AngkaraLensa.
Selangkah lagi AngkaraLensa menapak dalam menghasilkan karya yang terbaik. Angkaralensa akan terus membuat penambahbaikan produk yang dipersembahkan. Komen, pujian, teguran, kutukan dan segala seranah amat kami hargai untuk menjadi pemangkin kepada kesinambungan AngkaraLensa. Credit to Amri Hussein http://www.facebook.com/profile.php?id=1535119290 AngkaraLensa http://www.facebook.com/angkaralensa.fanpage Hari ini terasa rajin nk menyelongkar gambar-gambar lama untuk dimuatnaik ke webpage ini. Nasib ade buat backup dalam dvd, walaupun sebahagian besar ada dalam external hardisk yang tinggal sejarah angkara bahana kelam kabut sangat. Dalam operasi menyelongkar, boleh pula mengimbau kenangan dalam setiap gambar. Betul la walaupun cuma gambar tetapi ada nilai-nilai nostalgia. Suka duka semua digambarkan dalam sekeping gambar. Buat crew angkaralensa terima kasih atas setiap kenangan yang kita kongsi bersama. Sempat upload 2 gambar ni dulu, Lain post cerita lagi selongkar lagi!!! AngkaraLensahttp://www.facebook.com/angkaralensa
Dari blogspot.com telah berpindah ke weebly.com secara sah. Pada asalnya ingin berpindah ke webhosting berbayar, tetapi disebabkan jarang-jarang mengupdate maka weebly menjadi pilihan atas faktor penyelenggaraan yang mudah dengan weebly editor. Masih menggunakan akaun weebly versi percuma untuk versi beta ini. InsyaALLAH akan bertukar ke versi weebly berbayar untuk full versi webpage angkaralensa kelak. Website ini akan ditambahbaikkan secara beransur-ansur dan kami akan melantik seorang admin dikalangan kami untuk diberi tanggungjawab secara penuh terhadap website ini. Oleh itu website ini akan kerap diupdate dan diselengara hendaknya. Masih banyak yang perlu dirancang dan diperhalusi dalam banyak segi. Doakan kami terus komited dalam menghasilkan yang terbaik. Terima kasih atas sokongan, kejian, kutukan, pujian dan segala asam garam dilalui kami. Terima Kasih semua!! AngkaraLensahttp://www.facebook.com/angkaralensa |
AngkaraLensaA field of gathering all the savage work of art photography and the manipulation of supposedly known as a work of art photography Archives
December 2012
Categories
All
|